syawal datang kembali!

on Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya

Maaf Zahir dan Batin

dari hujung rambut hingga hujung kaki..

anyway kepada budak medic mesir selamat masuk tahun ke3...

kosongkan minda,pejam mata anda.^o^

on Tuesday, August 18, 2009

Ada banyak tempat anda boleh tido.Tak semestinya di atas katil dan berbantalkan bantal yang empuk!! Di sini terdapat beberapa tips....


sebelah tiang..membuat si penidur akan lebih nyenyak kerana dapat memeluk tiang..

mahupun di atas sofa..gunakanla ape saje 'pose' yang anda ingin asalkan anda nyenyak..
mungkin di celah kerusi.dan membuatkan si penidur terasa di atas singgahsana maharaja..
atau di atas tangan sofa..anda boleh memeluknya dengan seerat2nya...atau...


tidur dengan sopan...terasa inginkan kelainan,ape kata cuba tidur berlapikkan beg.terkstur beg yg licin mampu melenakan seseorg..
di musim panas ini sekiranya ingin jimat elektrik,anda boleh tido di atas lantai..sejuk dan mendamaikan.pasti anda tidak akan bangun...

*tetapi jangan la banyak tidur.seelok2nya kenelah meringankan tulang untuk membantu ibu bapa kita di rumah dan membuat kerja yang lebih berfaedah..dan lagi2 bulan bulan pose yg dah nak dekat,kalau banyak tidur nnti makruh..

"selamat menyambut ramadhan almubarak!!"

bosan...!!!

on Sunday, July 19, 2009

1. Bekas kekasih saya adalah :
ade ke??^o^

2. Saya sedang mendengar :
baby sedang merengek kerana dahagakan susu..

3. Mungkin saya patut:
buat sesuatu yang best sebab saya hampir nak mati kebosanan!!

4. Saya suka :
dengar lagu 'nobody' hihi

5. Sahabat-sahabat baik saya :
yang memahami diri saya dengan seadanya...x selalu kutuk saya

6. Saya tak paham :
orang terlampau control cantik!!

7. Saya kehilangan :
handphone saya di mesir ketika dalam perjalanan ke rumah paan..

8. Ada yg berkata:
hati itu lebih penting dari rupa!yeke??

9. Makna nama saya :
pemulia agama

10. Cinta itu adalah :
kenikmatan yang membuatkan seseorang itu berkhayal dan hanyut di lautan cinta yang penuh kepura2an..

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
melayan anak perempuan nya yang sentiasa inginkan kasih sayang dari ibunya..

12.Saya akan cuba :
menjadi sehensem mungkin demi untuk masa depan saya..^__^

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
sampai ke mati la...ape lagi..dalam english maksudnya forever

14. Telefon bimbit saya :
bese2 je..saya malas nak beli hp yg mahal2


15. Bila saya terjaga dari tidur :
rasa cam nak dgr lagu nobody...

16. Saya paling tak suka apabila :
orang yang suka kutuk saya n yang bajet bagus!!

17. Pesta/Parti adalah :
tempat di mane ramai orang dan boleh makan banyak2

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
kucing kak husna..kucing persian lawa giler.rasa nak bela thn dpn kat mesir

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
mase kecik la sebab mase tu nak wat pape xkene marah ngan sape2 pun.
skang ni bile dah besar nak wat sesuatu pun susah nak jage macholah jage tulah jage nilah

20. Hari ini :
27 rejab..so digalakkan puasa sempena ngan israk mikraj

21. Malam ini saya akan :
rase nak mimpi jumpe ngan wondergirl la..hari tu mimpi jumpe so hee!!

22. Esok pula saya akan :
nak kene g hospital untuk sekian kali nye.malas ak nak g...

23. Saya betul2 ingin:
jumpa n bergambar ngan wondergirl

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
wah!! ni ak ke?apesal ak ni cam kacak semacam!!

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
pusat membeli belah la.leh hang out ngan kawan2 n paling penting leh shopping..skang ni kan mega sale


26. Makanan Barat atau Jepun :
makanan melayu lagi best.makanan barat kalau makan x puas!!x kenyang! makanan jepun x nah rase kecuali sushi yang hanyir..sumpah pastu mmg xnak makan da~

27. Bilik yang terang atau gelap :
terang la.kalau gelap kang nnti org tuduh kita wat bukan2 plk..

28. Makanan segera adalah :
makanan yg sedap tp berkalori tinggi membolehkan seseorang tu naik berat badan ngan cepat!!(musim exam adela musim call fast food)

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
"oh engkau sudikah ko nak hang out ngan aku?"

30. Siapa yang anda nak Tag?
malas ak nak tag orang sumenya x nak jawab!!

bye2 cairo...

on Monday, June 29, 2009

habis sudah tahun 2..semoga jumpe lagi tahun 3 nnti.i'allah...
so belum nak balik kenelah belanja kawan2 "baik" ak ni..takut nnti merajuk plk..




me,ed,medad,ihsan...(apesal medad cam x ikhlas je senyum tu)



me,idris(anak cine cairo),buaya agong tahun 2...(jangan marah)




seronoknya banyak ayam...azizi wat muka over!!



me,"burung"n meiow...




time kasih kepada korang sume yang telah mewarnai hidup ak untuk tahun 2...ak doakan kite sume lulus bilimtiyaz dan naik tahun 3...
so i gonna be home n i will miss u guyzz..

LOVE U GUYZZZ....SARANG HAE!!!!

selamat hari jadi~~

on Saturday, June 20, 2009

SELAMAT HARI JADI....
SEMPENA HARI JADI KAWAN SAYA DI JEPUN MOHD FIRDAUS SHAFIE..SAYA DEDIKASIKAN BENDA NI KEPADA ANDA SEMUA...
.




JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkandiri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI
berfikiran abstrak, sukakan benda yang reality dan abstrak inteligent, bijak dan genius, berpesonality yg mudah berubah, mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yg lasak, emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya, tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi

MAC
berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati, sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.

APRIL
sgt aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada, sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI
kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam, cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri)suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu, bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yg tinggipermikiran yg tajam, pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera,seni & muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk dirumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros

JUN
berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap, perangaiidea @moodidea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah &cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih & cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalahkawan saya.

JULAI
Sangat seronok didamping, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkanMudah dipujuk dan bercakap lurusSangat menjaga hati orang lainSangat peramahEmosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinyaBerjiwa sentimental jarang berdendam mudah memaafkan tapi sukar melupakan tidak suka benda remeh-temeh membimbing cara fizikal dan mental sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang layanan yg serupa dgn semua orang tinggi daya simpati pemerhatian yg tajamsuka menilai org lain dgn pemerhatian mudah dan rajin belajar suka muhasabah diri suka megenangkan peristiwa atau kawan lamasuka mendiamkan dirisuka duduk dirumahsuka tunggu kawan tapi tak cari kawantak agresif kecuali terpaksa lemah dari segi kesihatan perutmudah gemuk kawal tak kawal dietminta disayangimudah terluka hati tapi lambat pulihterlalu mengambil beratrajin dalam membuat kerja

OGOS
suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut. orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa. cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan. sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin. sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat. sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik ,pengasih,penyayang suka mencari kawan

SEPTEMBER
sangat bersopan santun & bertolak ansursangat cermat,teliti & teratursuka menegur kesilapan org lain & mengkritik pendiam tapi panda bercakapsikap sangat cool sangat baik & mudah simpati sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujurkerja yg dilakukansangat sempurnasangat sensitif ygtidak diketahuiorg yg banyak berfikir daya pentaakulan yg baikotak bijak & mudah belajarsuka mencari maklumat kawal diri dari terlalu mengkritikpandai mendorong diri sendirimudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsiasuka sukan,hiburan & melancongkurang menunjukan perasaannyaterluka hatinya sangat lama disimpan terlalu memilih pasangansukakan benda yg luasbersistematik

OKTOBER
suka sembang suka org yg sayang padanyasuka ambil jln tengahsangat menawan & sopan santun kecantikan luar & dalamtidak pandai berbohong & berpura-puramudah rasa simpati,baik pentingkan kawansentiasa berkawanhatinya mudah terusik tetapimerajuknya tak lamacepat marahmacam pentingkan diri sendiritidak menolong org kecuali dimintasuka melihatdari perspektifnya sendiritidak sukaterima pandangan orglainemosi yg mudah terusiksuka berangan & pandaibercakapemosi yg kelam kabutdaya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)suka melancong,bidang sastera & senipengasih ,penyayang & lemah lembut romantik dlm percintaanmudah terusik hati & cemburuambil berat tentang org lainsuka kegiatan luarorg yg adilboros & mudah dipengaruhi persekitaranmudah patah semangat

NOVEMBER
banyak idea dalam perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, taksuka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi, dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurahBersifat patriotikSangat aktif dalam permainan dan pergaulanSikap kurang sabar dan tergesa-gesaBercita-cita tinggiSuka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasiSeronok didampingiSuka bercampur dgn org Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelaiSangat jujur amanah dan bertolak ansurTidak pandai berpura-puraCepat marahPerangai yg berubah-ubahTidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggiBenci pada kongkonganSuka berlawakPandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

TAG UNTUK SEKIAN KALINYA~~

on Thursday, June 18, 2009

1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini:


1]ikan keli dalam perigi,
sedang dibela oleh pak ngah,
nur amanina name diberi,

kawan saya dari sekolah menengah.

2]sungguh sedap buah nona,

cik em ni anak cina.

3]kedah popular ngan ikan pekasam,

melaka popular ngan baba n nyonya,
muka die selalu masam,
takut aku dibuatnya >.<.



4]penggerak negara oleh sang belia,
cik em ni sorang yang berakhlak mulia.(*tak tipu)

5]rumah em bukan di hulu langat,
semoga kita akan berkawan hingga ke akhir hayat.

Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya



1. suke kucing.sangat meminati kucing.kalau nama kucing chep sabrina name kucing saya "putih"


tula si "putih"bukan budak kecil tu tapi sebelahnya.

2.saya seorang yang berketurunan jawa dan campuran minangkabau.rasa2 saya ni lebih kepada kaum mane?

3.saya tinggal di tanjong karang.penah skali mengaku duduk di shah alam.pastu kene ngan cikgu marina helianda(cikgu math mode)"kamu ni duduk shah alam? takde muka shah alam pun" sabo je ngan cikgu ni.papehal pun sayang cikgu..

4.akan pulang ke malaysia pada 30 jun ni.naik gulf air.harap2 x seteruk egypt air..jangan rindukan saya nnti ye~~

5.seorang yang masih single dan tidak ingin memikirkan hal2 berkenaan perasaan ni.saya nak kejar cita2 dulu hingga ke puncak. *amacam mantap x?*

6.sekarang ni meminati menonton ape2 yang berkaitan asia timur khususnya korea.(dulu2 mase sekolah menengah selalu gila kutuk dan pelik ngan orang yang minat korea ni khususnya ARIF SUBKI)



awek saya"geum jandi" ^0^


7.rase yang terindu ya amat kepada kawan2 di sekolah menengah.sebab sumenya cool giler~~harap2 dapat jumpa bila aku balik summer ni

8.baru dapat anak buah yang baru.seorang baby girl namanya nur qaseh qasreena.tak sabo nak jumpa..


nur qaseh qasreena

9.hobi saya palingla tak bagus dan jangan dicontohi.menonton tv sampai larut malam.(anak2 jangan contohi uncle ijud tau)

10.I'ALLAH akan menjadi doktor yang akan berbakti kepada agama masyarakat dan negara.terutamanya my parents sebagai membalas jasa mereka selama ni.


10 org bkl kne tag:

  1. paan cairo boy
  2. doshar jepun
  3. miji korea
  4. azim morroco
  5. fathi awek
  6. husna kadir
  7. huda
  8. nabil
  9. asyfraf alfaiz
  10. luqman azhar..
*semoga korang suma rajin ye wat ni..

women=problem???

on Sunday, June 14, 2009

is it true that woman is a trouble...
erm..for me... i don't know...so i need ur opinion about this thing..so share u opinion wif me so we can solve this problem together!!
huhu....for the girlz dont get angry wif me....

tangan dah penat kini giliran mulut pula bertindak!!

on Wednesday, June 10, 2009

YAHOOO.EXAM WRITTEN DAH HABIS....

setelah sebulan lebih kami semua terperuk di dalam rumah meng"uploading" ilmu ke dalam otak akhirnye dapatlah kami memperlahankan kelajuan "kerajinan" kami..sebab selepas ini hanya tinggal oral exam sahaja dengan doktor..(rase malas giler nak baca buku sebab oral exam je pun :D)

gen 7 cairo university

rupa2nya sudah hampir tamat tahun kedua aku di sini.macam tak percaya plk..rasanya baru minggu lepas aku memulakan kuliah..insyallah dengan izin ALLAH TAALA kami sume akan dapat naik tahun ketiga..amiiinnn!!!

my family before my flight to egypt!!

so, ape perancangan mase yang terluang ni sambil menghadiri exam oral...erm~~~
rasanya tak sabar nak pulang ke tanah air malaysia..ingin saya lihat perubahan yang berlaku di malaysia,mak kata kat kuala selangor dah ade tesco!!fuyoo maju sey skang ni..(TANJONG KARANG DAN KAWASAN SEKITAR SEMAKIN MAJU NMPKNYA!!!)hihi..saya nak berjumpa ngan my omma appa noona adik, all my family..rasa rindu yang amat sangat(sehingga mengganggu aku study)..dan lebih2 lagi saya ingin lihat BABY BARU KAKAK SAYA..baby girl bernama nur qaseh qasreena(susahnya nama)..makanya sekarang ni saya ade 4 orang anak buah..
(cam muka sapa ni her mom or dad?)

summer holiday bukan hanya di mesir malah di serata dunia...tak sabar nak jumpa kawan2 yg dah lame tak jumpa.doshar dari jepun balik budak rusia semestinya balik...budak korea je yang ngande2 tak nak balik..nak menghabiskan mase di sane blajo kitab kot!!!hihihi..

ap2 pun oral exam yang tinggal ni kite watlah bersungguh2...dan bagi sesiapa yang akan pulang ke malaysia saya ucapkan selamat bercuti..isilah masa anda dengan perkara yg berfaedah...bagi sesiapa yang tidak pulang ke malaysia jagalah mesir ni baik dan diri elok2(sebab mesir sekarang sudah ade selesama babi)..maka janganlah makan babi...huhu


jejak kasih 2 sahabat...

on Tuesday, April 7, 2009

KAWAN merupakan benda yang paling berharga di dunia ini.kalau kita tiada kawan apakah ertinya hidup di dunia ini keseorangan.

nak dijadikan cerita terjadilah satu jejak kasih antara dua sahabat yang berjauhan....



kawan ku ni dah lama menghilang setelah dia melanjutkan pelajaran ke luar negara."KAMI" cuba untuk menghubungi dia tetapi hampa..maka kami pun berpendapat"mungkin dia ni dah sombong ngan kita kot..takpelah kita ucapkan selamat tinggal kat dia..I'ALLAH dia akan contact kita balik nanti..


SETAHUN KEMUDIAN........

kala petang menjengah diri,diriku yang baru balik dari universiti.terasa penat diri ni dan badan pula dibasahi dengan titisan keringat yang amat merimaskan.
namun aku tetap membuka labtop ku dan on" my ym"
tiba2 ada id baru add ak..dan dia pun terus tegur aku.ni sape ni??ak bertanya.rupa2nye dia adalah kawan yang sekian lama kami tidak dapat hubungi.
BELIAU ADALAH MOHD TARMIZI A.K.A MIJI(MY CLASSMATE)
"ko miji dah sampai kat korea ko sombong kan"



  1. mohd tarmizi bin bakry nama diberi merupakan my classmate kat sambest 5 farabi..
  2. dia ni ketua pelajar dan ketua badar kat sambest(haha jgn x caya ak ade kawan ketua badar)
  3. aku dulu mase f4 tak penah tegur dia pun sebab kami tak rapat..itupun bila dia sekelas dengan aku barulah ak berkawan dengan dia...haha jangan marah miji..
  4. miji ni seorang yang tak penah aku tengok dia marah..sekali pun x penah tengok dia meninggikan suara(baik miji ni..leh jadi calon menantu)



  • sekarang ni miji melanjutkan pelajaran kat korea selatan..(jeles ak ngan ko miji)
  • miji sebenarnya power giler arab dan dia nak sgt sambung kat negara arab ni..
  • penah sekali kami masa kat f5 tak bertegur sapa untuk beberapa bulan lamanya kerana satu perkara yang bodoh sekali..(itupun aku tegur dia balik kalau tak dia taknak tegur padah dia yang salah...haha)







sebenarnya ukhuwah yang kita bina walaupun tidaklah selama mana tapi ia tetap akan berkekalan selama2nya...aku merindukan kawan seperti ko yang banyak berikan tunjuk ajar kepada aku.semoga kita akan berjumpa kat malaysia nanti masa summer nanti..

UNTUK KAWAN2 AK 5 FARABI YANG LAIN SEMOGA UKHUWAH KITA TETAP BERTERUSAN DAN BERKEKALAN UNTUK SELAMA2NYA...AK MISS U GUYS SO MUCHHHHH!!!!!
  • AZIM ISA(MAGHRIBI)
  • ADIB SALEH(UTM SKUDAI)
  • PAAN (AUSSIE)
  • SHAFIQ(RUSIA)
  • AMAR ALL BAKRY N AKU (MESIR)

*SEMOGA KITA AKAN MENJADI INSAN YANG BERGUNA UNTUK MASA HADAPAN DEMI AGAMA NEGARA DAN BANGSA...

kahwin~~

on Thursday, April 2, 2009

YA ALLAH!!!topik yang sungguh berat kali ini.tagged kawen...ak dah ditag dua kali oleh husna kadir.sori ye husna kadir aku tak jawab yang tag dulu sebab aku sibuk sangat dan ak takde idea.oleh kerana die nak tau sangat pasal wedding aku makanya aku pun watla tag ni...

1. How old are you?
19tahun 5 bulan

2. Are u single?
mestilah...aku takde sape2 lagi..(masih mencari).

3. At what age do u think ull get married?
cadangan dulu pas HO(27/28)tp kalau dah ada apesalahnya awal kan..tapi still nak pas HO.

4. Do u think ull b marrying d person u are wif now?
aku ngan sape...ak takde sape2..camne ak nak kawen ngan "die"

5. If not, who do u want 2 marry?
adelah...certain orang je tau...hehe

6. Who will be ur bridesmaid and bestman?
erm sape ye.kawan baik aku kot cam azim isa or paan..

7. Do u want a garden/ beach or traditional wedding?
nak ala-ala korea tapi gabung elemen melayu.yang penting sanding kat umah..(emak suruh camtu)

8. Where do u plan to go on honeymoon?
south korea or paris!!

9. How many guests do u think ull invite?
ramai kot.kawan ak lagi..lagi2 kawan bapak aku dahla ramai giler...

10. Will dat include ur exes?
maybe not.sebab aku ni takde sape2.mgkn orang yang ak kawen adelah cinta pertama ak.

11. How many layer of cake do u want?
tak kisah..ak x suka sangat kek..(kek coklat memang sedap)

12. When do u want 2 get married, morning or evening?
selaluya pas zohor kot..(kakak aku dl camtu)

13. Name d song/tune u'd like 2 play at ur wedding?
haha..taktau itu ak serahkan kat along aku..(along nanti tempah dj cam kenduri akak ye)

14. Do u prefer dining or just normal spoon n fork?knife?
tangan sudahla..bangga jadi orang melayu..

15. Champagne or red wine?
sirap ais..

16. Honeymoon right after d wedding or days after wedding?
tengoklah ak ni dah jadi doktor nanti.nak apply cuti pun susah..

17. Money or household items?
erm....tak kisah.tapi lagi suka household kot..nnti leh buka hadiah same2 mase dah abis kenduri.buka ngan anak buah sepupu..

18. How many kids would u like 2 have?
bergantung kepada kemampuan..5 orang kot.like my family

19. Will u record ur honeymoon in DVD/CD?
mungkin...untuk menyimpan kenangan memori bersama si "dia"

20. Whose wedding plan would u like to know?
paan
azim isa
miji
n em wani n huda...
asyila sekali..

topik ini aku tak gemar.sebab aku takde sape2 lagi...hahaha

BUDAK MEDIC MESIR!!

on Wednesday, April 1, 2009

salam..lama rasanya saya dah tak meng'update' blog ni.biasala sejak 2minggu yang lalu saya sibuk menjadi su bg program perubatan.(eceh..mempromote diri).oklah saya nak cerita sedikit luahan hati saya pada hari ini.sebenarnya perkara ini dah lama saya bukukan dalam hati.tiba2 hari ini ada pulak orang yang tiba2 meng'induce' saya untuk meluahkan perkara ini.yang saya nak cerita ialah berkenaan kita"PELAJAR PERUBATAN MESIR".....terlebih dahulu saya meminta maaf kalau ada yang terasa dengan luahan hati saya ini..

si pulan berkata"sistem medic mesir ini sistem lama.sistem ni tak bagus..cube kite bandingkan dengan sistem malaysia.sistem malaysia sistem integrasi..sistem terkini.kite ni sistem lame.kite ni asik belajar je takde praktikal..nnti klu kite balik malaysia nanti kita tak tahu apa2..dr keluaran mesir nnti jadi tak bagus.."begitulah ada saya pernah terdengar seseorang berkata begitu.saya akui dan saya menyetujui pernyataan beliau tapi tidaklah 100%..

kemudian hari ini hari rabu..ade "BASIC LIFE SUPPORT"kami budak laki yang datang ke kelas(sedikit jumlahnya) pada hari ini rasa begitu excited kerana hari ni kami belajar membuat "intravenous injection".kenapa excited??sebab rasa cam dah jadi cam dr betul..sebab kami ada praktikal bagaimana hendak memberikan intravenous injection..selepasa giliran kami sudah..kami pun duduk belakang.menunggu kawan yang belum lagi buat..so saya tercari2 manalah kawan ak yang lain.apesal tak datang.benda yang kita belajar hari ni dahla penting.penting untuk menjadi dr nnti.ak terigt kate si pulan yg di atas tu...ak pun tiba2 terluah tanpa sengaja kepada kawan ku yang lain....

ak pun meluahkan isi hatiku yang selama ini berdasarkan pemerhatian ak tentang kawan2 ku.sori ye kawan2 bkn nak memburukkan korang.cuma nak "KITE" sedar akan kelalaian kita..walau pun sistem medic mesir ni sistem kuno kite tak boleh buat apa2.kite tidak boleh mengubah sistemnye.makanya kita hendakalah adapt dengan sistem ini.bukan sistem yang kene adapt dengan kite.tapi bukan itu sebenarnya saya nak kata.kalau kita ini yang mengaku sebagai "MEDICAL STUDENT" SAYA ULANG LAGI...."MEDICAL STUDENT"tp bila ada kelas maka datanglah.lagi2 kelas seperti basic life support ini.abang wafi kata program ini bagus sebab mase die dulu die takde pun sampai dia kene belajar benda ini kat malaysia.kalau kelas bahasa arab takpelah boleh dimaafkan sebab saya pun tak datang.tapi kalau kelas yang berkaitan dengan ilmu medic datangla.kite ni selalu mengutuk mesirla camnila...sistem medic die camnila...kite asik disuapla...ok saya nak kite suma berfikir sejenak..

sekiranya medic mesir ini cam sistem medic malaysia(yg digembar-gemburkan bagus sangat!!!)tp mmg bagus pun...kemudian kita lihat diri kita.bila ada kelas kite tak datang....bila ade kls pukul 8 kita datang 10 minit lewat atau 20 minit lewat ade yang 30 minit lewat..ape kess.....kemudian bila dr mengajar dihadapan kita TIDUR!!!!!(SAYA AKUI KITA PENAT TAPI KALAU NAK TIDUR PUN TAKPAYAHLAH SAMPAI "OBVIOUS" SANGAT.TAHANLAH...NI SAMPAI TERNGANGA MULUT LETAK KEPALA KAT MEJA..kemudian bila ada exam kita tak belajar bersungguh2...kemudian kite kat rumah lebih banyak berhibur dari kite luangkan masa untuk study...kalaula kite masih berperangai macam ini....saya nak TANYA....ADAKAH KITA AKAN MENJADI DOKTOR YANG HEBAT SEKALIPUN SISTEM MEDIC MESIR INI MACAM SISTEM DI MALAYSIA??....SAYA INGIN KALIAN FIKIR ADAKAH SISTEM ITU YANG AKAN MENJADIKAN SESEORANG ITU DOKTOR YANG BAGUS ATAU PUN "SEMANGAT BELAJAR" YANG ADE DALAM DIRI KITE YANG AKAN MENJADIKAN KITA DOKTOR YANG HEBAT...YANG MANA SATU.....

saya bukannya apa..saya ini pun tak la bagus sangat...cuma saya berharap kita ini jangan la berada di takuk yang lama.kita sibuk memperjuangkan islam isu palestin dan sebagainya..tapi kita tidak cube menerapkan islam itu dalam diri kita dengan sebaiknya.macam menepati masa, menghormati guru(tido!!),jangan ponteng...n etc..saya pun ada kurangnya tapi kita hendaklah tanamkan nilai2 ini sedikit2 dalam diri kita..ketahuilah "menepati masa" perkara paling penting dalam bidang kedoktoran..kalau awak tak punctual time kalau ada patient nak mati awak boleh lagi lambat...kalau dia mati sape yang akan dipersalahkan....KITA!! SEBAB APE???"TIDAK PUNCTUAL"

jangan berangan nak compete ngan dr cine n india kalau kita masih berperangai macam ini..tak kisahlah kita ini di campak kemana pun untuk study...bile kite dah sampai kite hendaklah bersungguh2..bukannya kite merungut dan mempersalahkan itu..ini...sebaliknya kite kene cek diri kite dulu.apa yang tidak bagus dalam diri ak ini.kita ni sebagai orang melayu"BANYAK CAKAP JE TAPI HABUK PUN TARAK"kita ni cakap pandai tapi dalam segi amali nya takde...fikir2 sendiri....

kemudian ada lagi satu yang nak orang melayu khususnya kawan2 saya.saya merayu sangat...kenapalah malu tidak bertempat...mase saya f3 saya belajar hadis pasal malu.yang saya tahu malu ialah malu untuk melakukan dosa kepada ALLAH TAALA.itu saya tau.saya tak pernah belajar pulak malu itu bile dr ade tnya takda sape nak jawab.bile dr suruh bagitau masalah takde sape berani nak utarakan tapi bila kat belakang barulah nak bising2...saya pun dulu pun malu.sebab kita kan dari sekolah agama kan.saya faham..bila2 lagi sekolah agama ini budaknya baik sangat..malu....pijak semut pun tak mati..tp sampai bile???kita kalau nak menjadi dr yg hebat kene menjadi seorg yang proaktif...bukan malu tak kene pada tempatnya.tapi kalau dr bagi rehat kejap je 5 minit amboi...orang yang malu tadi semuanya bercakap bercerita...cam pasar rasanya.....siap gelak2 lagi...tak malu pulak padahal doktor ada kat depan....kita ni kene meletakkan tempat pada tempatnya..

cikgu saya mase f3 pernah berkata(budak sambest mesti kenal cikgu umi khasibah)..tq cikgu bagi kata yang cukup bermakna ini"BIASAKAN YANG BETUL.....BETULKAN YANG BIASA" .....rasenya saya tak perlu huraikan kot sebab sume fahamkan...

saya cuma harap kita ni melakukan satu anjakan paradigma...berfikir sebagai medical student..sume dah matang...berfikir bukan macam kite ni pelajar sekolah menengah...kalau kita masih lagi di takuk yang lama sampai bila2 pun kita tak akan maju..orang lain sume maju di hadapan kite pula...jauh ketinggalan dibelakang...mengapa????sebab kesalahan diri kite ini sendiri...saya sayang kawan saya sume...itu lah saya luahkan ini.saya harap "KITE" sama2lah berubah....luv u all..frens forever.....

WAHH!!! AK DITAG!!!

on Saturday, March 21, 2009

AKU TELAH DITAG OLEH EM KAKAK KUYA....
.. SO NAK KENE JAWABLAH NI YE EM...


FOUR NAMES THAT PEOPLE CALL YOU:


1.Ijud(family n kawan2)
2.ajud(jiran kat depan umah aku hanya die sorg kat dunia ni panggil ak camtu)
3.jud(anak2 buah aku)
4.abang(mak cik2 n sepupu)

FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:

1.7 november
2.hari jadi my parents
3.tarikh bila abis thn 6
4.tarikh balik malaysia

FOUR THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:

1.periksa histo
2.makan nasi ikan
3.solat.
4.lepak2 kat umah jap

FOUR WAYS TO BE HAPPY:

1.baca al-quran
2.chat ngan kawan baik
3.ingat or berangan bende best
4.watla pape yg aku rase seronok

FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:

1.kereta mewah cam mercedes bmw n others
2.rumah banglo
3.baju2 lawa n mahal
4.bini lawa(just kidding)


FOUR OF YOUR FAVOURITE HOBBIES:

1.chatting
2.tengok tv
3.main ngan putih(kucing aku)
4.dengar lagu n cite korea(hobi baru)

FOUR PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:

1.korea selatan
2.jepun
3.united kingdom
4.amerika syarikat

FAVORITE DRINKS:

1.milo ais
2.sirap ais
3.teh ais
4.jus buahan(cam epal n tembikai)


FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR BAG:

1.buku medic
2.alat tulis aku
3.tisu..
4.makanan

FOUR FAVORITE COLORS:

1.coklat
2.hitam
3.putih
4.biru

TOP FOUR HANGOUTS:

1.carrefour
2.city star.
3.costa coffee
4.kedai nasi yaman

TOP FOUR U LOVE SO MUCH:

1.my parents n my siblings
2.kawan2 sambest n kawan u ak
3.kawan aku dari kecik
4.putih(kucing ak)

TOP FOUR THINGS SPECIAL TO YOU:

1.my baju
2.handphone ak(even dah lame hilang)
4.putih..
5.my maruah

TOP FOUR WHO YOU THINK WILL ANSWER THIS SURVEY:

1.paan
2.nabil
3.doshar(kawan jepun)
4.ihsan hamdan

TOP REASON WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY:

excited nak wat tAG first time
pastu dah asik kene marah "bila nak update blog?"

journey to the west-2

on Monday, March 9, 2009

salam bertemu kembali.skang ni nak cerita perjalanan kami ke yg ke dua iaitu italy..italy sebuah ngr yg oenuh ngan tinggalan sejarah semasa empayar rome.so kami terbang dari france ke italy kire2 pkol 7.15 pagi.so perjalanan mengambil mase 2 jam utk tibe disane.sampai je kat sane,cuaca tidakla begitu sejo seperti kat france.suhu hanya lebih kurang cam mesir je.18cc..so x yah lah kami nak kene pki tebal2.so kami trs cr hostel utk bermalam..

semasa nak pergi ke hostel yg dirancang,kami x dpt nak bermalam di hostel itu sebab harga nya mhl tidak seperti yg kami rancangkan.so kami terpaksa ambil insiatif lain iaitu utk tinggal kat hotel plk.kat italy yg bgsnye kami leh tawar menawar harga hotel.so ade satu hotel kami dpt dlm 15 euro sorg.oklah x mhl sgt.so petang itu kami merancang utk jalan2 kawsan terdekat saje sebab esok paginye br kami merancang ke colloseum roman forum n byk lagi.maka kami jlnla ikut map yg diambil dr hotel.kami jln smpi ke mlm..secara x sengaja kami dah tersampai ke collaseum even kami x mrncg nak pegi ke sane.tp kami dpt lihat dr luar saje sbb hari dah mlm.semasa di collaseum kami terjumpe ade student cine malaysia di moscow.cam terkejut jgk sebab igtkan die org cine kat cine ke jepun or korea.sekali die tegur "ni org msia ke?""aah"ak jawab.so kami pun berkenalanlah.

so esok paginye seperti dlm perancangan kami nak ke collaseum roman forum n tmpt2 lain.so bile dah smpi kat collaseum rupnye blom buka lagi.so kami ke roman forum dl.roman forum ni besar giler...klu korg nak berjln sekeliling roman forum korg kene ambil dlm 2 jam utk keliling sumenye.sebenarnye ade tinggalan bangunnan je.so x berapa menarik la bg ak.cam bosan ckit.kami terpaksa merdah perasan penat bg mengelilingi satu roman forum.kemudian kami pergi ke collaseum.so kami pun msklah.kat 2 nmpk lah camne collaseum sebenarnye..xdela lawa sgt.tp agak takjub gaklah camne bgnn dah beribu thn bleh lagi kekal camni.

so pastu kami berjln lah ke tempat menarik di rome ni.byk sgt trevi di fontana,vatican city n byk lagi.bygkan kami terpaksa pergi ke semua tmpt ni dengan berjalan kaki.tmtp2nye bkn dekat pun.sebab kami kene jln kaki sistem pengankutan awam di ital x bgs seperti di france.so kami terpaksa sekitar bnr rome hanya dgn berjln kaki.rome ni bkn kecik tau.besar giler.cam bndr cairo ni..

so hari strsnye kami merancang nak pergi ke folerence iaitu bndr renaissance.kami pegi ke sane dgn train lambat.prjlnn mngmbl mase 3 jam setengah,kami kebosanan dlm train.so smpi kat sane kami pun amik hostel n berjalanlah..kami dpt lihat gereja2 yg ckop besar n bgnn yg ade semasa zaman renaissance.kami sempat utk pergi ke pameran leonardo da vinci.kat c2 adelah die tnjkkan replika ciptaan leornardo...pastu kami pergi ke pisa tower.nak ke sane ke amik tren dlm mase sejam.bile dah smpi sane kami dpt lihat betapa condongnye menara pisa.mmg condong pun.adelah byk sebab kenapa die condong tp mls nak cite kat cni..

kemudian kami merancang nak pergi ke venice.tp hampa sebab tiket train ke vanice agak mhl dlm 70 eoru.dan kerana kami backpackkers kami x bwk byk duit sgt.so kami terpks mmbtlkan impian nak pegi ke venice walaupun kami sebenarnye nak pergi ke venice bkn ke florence.xpelah mgkn ade hikmahnye.mgkn thn lain ade rezeki pergi ke venice.

so utk hari yg berbaki kami pulang semula ke rome sementara mnggu flight ke barcelona.so kami pun mnghbskan perjalanan kami di rome dgn pergi ke tmpt2 yg x lawat lagi.so semasa hari berbaki tu kami agak bosan lah jgk sebab dah xde tmpt nak dilawat.kami dah lawat sume tmpt di rome.so kami byk tido je dlm hostel...

nak cite pasal mkn kat sane...seperti mane yg kite tau kat italylah tmptnye pizza,lasagnia,spagethi.so tiap2 hari kami akan mkn pizza tp bkn pizza ade dgg sebab x halal.kami mkn pizza vegeterian.kami plg suka pizza cheese sebab sedap giler.n klu mlm kami beli roti n mkn ngan tuna.so sape nak jd backpackers belilah tuna byk..hehehe.satu lagi sebelum nak tmtkan cite ni..adelah satu mlm kami pergi ke supermarket di hadapan hotel.sekali x sngjenye kami terjumpe BDK CAIRO UNIVERSITY THN SATU 'STUDENT MSIA' trkjt jgk ak bile jmpe die.ak igtkan ni kat mesir.rupenye die ikut bapa die melancong kat mesir..so itu je kot nak cite kat italy ni.secara kesimpulannye,italy ngr yg x best sgt, cuacanye x sejok ,ngrnye agak kotor x sprti ngr eropah lain.pastu ade byk sgt 'graviti' dimane2even di tren lori bgnn sumenye dipenuhi ngan 'gravity'kemudian org di cni agak menakutkan kerana kebykkan laki akan bertindik prmpn mrk agak mnktkan.yg best kat cni brg di italy agak murah n kami leh mkn pizza.itu saje.ok nntikan sambungan di ngr spain....adios~~~~

di spainish stair.




street di rome...



collaseum!!!


arch di roman forum


arch of constantine

roman forum.




inside the collaseum



trevi di fontana



vatican city..kat blkg tu pope intai kitorg...





mouth of true




tolak menara pisa utk elak jatuh..




Journey to the west!!

on Friday, March 6, 2009

selamat bertemu di dunia maya.~alam blog...ni first time ak masuk alam blog ni.xtau ape yg bestnye.so skang ni ak nak kongc pengalaman ak mase kat europe.sorilah lambat nak kongc.sebab adelah prob sebelum ni yg mnghlg.

tggl 31 jan pkol 11.45 mlm ak idris n din mara, kami bertolak ke benua eropah.xnak terbyg yg kami akan ke benua eropah.so mlm tu kami bertolak ke madrid..espana~~perjalanan mengambil mase 5 jam.so kami smpi kat pkol 3.30 pagi.so bile dah smpi kami x tau nak g mane.sebab pagi2 lagi.sume tmpt blom buka.so kami pun tido kat airport smpi nak tgg subuh.so bile jam dah mnnjkkn pkol 6 kami pun bertolak ke satu tmpt namenye aranjuez..kami menaiki metro ke sane.aranjuez merupakan istana queen isabella.igt x?ala queen isabella yg kejam yg mnjthkan kerajaan islam tu..

kemudian kami pulang ke airport petang tu sebab kami sebenarnye nak g paris petang tu.so sementara nak tgg flight kami jln sekejap kat madrid.kami terbang ke paris pkol 5 ptg.kami smpi di bandar beauvais(luar dr kota paris) pkol 7 mlm.kami terpks menaiki bus utk ke kota paris.perjalanan mengambil dlm 1 jam 30mnt.lame kan...so apebile dah smpi kat kota paris kami sume terpegun ngan kecantikan bndr paris n ketenengan ye.lawa giler beb..mmg x tipu.pastu kitrog pun cr hostel.

esok pagi bermula la jelajah paris.destinac pertama kami DISNEYLAND!!best giler rasenye dpt g disneyland even dah tua,tp mmg rase x rugi langsung.atas nasihat ihsan roslan kami g pagi2 so kami dpt main2 puas.sampai kat sane kami jumpe plk org msia.rupenye mereka blajo kat moscow.so nak msk disneyland kene byr 39 euroo utk 2 theme park.theme park die besar giler,utk mghbskan satu theme park kami terpks mnhbskan sehari suntuk kat satu themebr leh main sume.so kat dlm tu dptlah kami main sumenye e.g. rolley coaster indiana jones buzz lighter pirates carribean..adus byk sgt dah x igt.kami jumpe watak cartoon disnet pada sebelah petang sebab kebetulan mase tu ade pertunjukan kereta berhias..then kami pergi ke theme park lagi satu namenye walt disney studio.kat cni ade satu best giler rock n roller coaster,bygkan rolley coaster die pusing 360 drjh.nak terpelanting ak..tp mmg syok giler.

pastu esoknye kami pergi plk ke eiffel tower.xtaulah ape bestnye eiffel tower besi je pun.tp bile dah nampak sepan mata kagum giler...lawa giler.mase tu kebtolan ngah sejok giler.kami terpaksa beratur pjg nak msk.dah lah sejok mase nak beratur rase cam nak potong tgn je.pastu bile nak beli tiket kecewanye kami kerana tingkat 2 and top ditutup sebab semalamnye salji.lupe nak gtau mase kitrgo g disneyland salji turun.dptlah rase salji mase jakon giler.so pas dah naik eiffel tower kitorg jln2 kawansan sekitar paris.tmpt2 yg menarik...mase ptg tu kami pergi ke sacre cor tmpt dimane jual souvenior.haaa sape yg dpt sweater baju kicin magnet...itu sume kat cnilah.yg tkjbnye kat cni ade tuan milik kedai tu org india beb..fasih giler ckp france.

so ni lah secara ringkas perjalanan kami di paris.mmg bestlah.kami abiskan 4 hari 3 mlm kat sane.mmg berbaloi giler..so kat bwh ni gmbr kat paris..nntikan smbgn journey kami ke italy...




istana queen elizabeth di aranjuez.




dihadapan castle in disneyland



2 pirates yg 'jambu'





alice in wonderland



eiffel tower



arch of triumph



sacre cor

so ini je dulu kot kat paris.xleh nak cite sume x sempat.so nnti kan sambungan journey kami ke italy..hehehe

mukadimah

on Sunday, March 1, 2009

salam.woo ape rasenye bile ade blog??ak pun masih pelik apelah bestnye ade blog....ak tgk kawan2 ak byk yg ade blog so ak pun nak ade bloglah satu...bg best ckit.....ak dah x tau nak tulis ape.sebab ak mmg camni klu pasal penulisan ni ak mmg fail ckit.tp klu pasal ckp ko bglah ak.ak leh wat kan korg dgr ckp sampai malam pun xpe.tp ade satu je yg leh ak kac kat korg~~~

buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
ak ni baru nak blajar,
so nnti tlglah ajr2kan ye~~